29 August 2016

Permulaan

 'Eh, najwa ade orang mintak no fon! Akak bagi eh'
Itulah bermulanya sesi perkenalan aku dan dia. (fuhh alaala novelis ni)
Jawapan aku cuma ikot akaklah. Masa tu tengah single and available katakan.

Lepas seminggu, akak tu tanya dia dah mesej belom. Dan masa tu memang takde lagi. Malu kot. haha . Tak lama lepas tu baru ade dapat no ade unknown number. Ingatkan nombor senior kat wad. rupenye dari encik M.Sesi perkenalan bermula sekitar dalam bulan 5-7 2014. Sejak daripada tu, bermula jugak babak ade je orang muncul kat wad kita tunjuk muka. Padahal dah habis posting medikal. bllerghhh.! (emoticon mata keatas)

1st jumpa still rasa okay lagi mamat ni. tapi lamalama rasa macam hambar pulak. Jenis orang tak banyak cakap. Kalau text pon pasal hospital, pesakit, wad. blablabla. Lepas dari tu, setiap kali ajak jumpa ada je alasan aku bagi. kalau dah tak boleh lari sangat. Mesti ajak orang teman. Tak silap 5 kali je kot keluar. Semua aku bantai ajak orang teman kecuali masa 1st jumpa. Dah lah ajak keluar mesti aku bawak orang lepastu masa keluar aku borak dengan kawan aku tu atau adik akak aku. Mesti tak layan dia. Dengan harapan dia takkan suka aku dah lepas tu. dan Give up. (sombong kemain kan . berlagak sungguh).

Dah lah ajak jumpa susah. Text pon due tiga text aku akan biar. Pastu seminggu sekali. kah. Yakin gila masa ni dia akan benci dan give up. TAPI

Benda ni berterusan sampailah bulan 11/2015.